Cerita Backpacker Trip Dari Malaysia Ke Chokchai Farm, Thailand / Travel Bangkok #Hari 1

2016.01.29 (Jumaat) / Chokchai Farm, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima, Thailand -

Tour di Chokchai Ranch Resort, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima. Time ni panas berbahang sangat. Mata pulak dah berair merah dah... Sakiiiittt! Tour guide tu pulak duk bagi penerangan dalam bahasa thailand, nak tumpang faham pun payah. Buat-buat faham jer lah. Hehehe... 

Kat Chokchai farm ni pun ader tanam bunga matahari. Cuma tak boleh nak turun dari trak sewenang-wenangnya lah. Dorang pun bukan main laju jer nak kejar tempoh 2 jam. Memang timeline dia betul-betul 2 jam. Mantap! Susah-susah jer pergi Muak Lek, Saraburi. Tapi pujuk hati, kalau tak pergi, maka tak kenallah camner yang dinamakan Saraburi tu. Kata cultural traveller. Hehehe... #sibackpackerkaya 

Sampai dari Saraburi lebih kurang jam 1.00 petang. Terus ke kaunter tiket nak masuk Chokchai Farm. Tapi katanya jam 2.00 petang baru buka. Ramai betul orang duk tunggu di luar kaunter, terutamanya student dari Thailand. Tak ramai pun orang luar... Terasa janggal juga sebab emas adalah tunggal yang pakai tudung, tergeletik camner persepsi mereka. 

Gambar atas 3 trak penuh tourist melawat ladang Chokchai ni.

Kat sini tour stop lama. Ada persembahan cowboy, anak-anak boleh tunggang kuda, ada kedai-kedai, dan juga boleh berehat-rehat kat buaian...

Ladang kuda.

Time ni emas kat atas buaian sambil snap gambar.

Antara ais krim tersedap yang pernah emas rasa... 

Wow... Ini antara ais krim tersedap yang pernah emas rasa... Sebelum ni mana pernah nak rasa green tea bagai. Disebabkan pelik dengan my buddy si miss accountant memilih green tea time lepak hari tu, let me have a taste how she choose the flavour. Rupa-rupanya sedap kut!!! Sedap bukan sebab flavour, tapi lebih kepada kehalusan ais krim, rasa susu lembu asli. Ehhh memang ranking ke belakang lah ais krim baskin robbins, haagen daz dan lain-lain. emas beli ais krim ni selepas habis tour di Chokchai Ranch Resort, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima, Thailand selama 2 jam. Dorang bagi kupon 59 THB. Harga asal 78 THB. Rugi tak merasa. Risau jugak x halal, dibuatnya diletaknya gelatin tulang haiwan. Actually ais krim ni melalui proses pasteurization, macam kebanyakan ais krim negara luar yang jual kat malaysia tu, yang dilambung-lambung ais krim bagai teh tarik. Hehehe... Rindu pulak kat rasa ais krim ini. Adalah juga signifikan moment to remember on my second travel... 

(Umm…Milk Ice Cream is premium ice cream produced with Farm Chokchai’s fresh, top quality milk, cream, and other select ingredients. The milk, following pasteurization, is sent to the sterile ice cream processing line, completely sealed to prevent outside air from entering. Our blends have been developed to create the smoothest texture and most delicious taste - source from www.farmchokchai.com)

Cerita Backpacker Trip Dari Malaysia Ke Saraburi, Thailand / Travel Bangkok #Hari 1

2016.Jan.29 (Jumaat) / Saraburi -

Gigih dari Don Mueng Airport terus ke Muak Lek district, Saraburi, semata-mata nak sunflower hunting katanya... Sesampai tengah hari der... Bunga pun tahu menunduk jugak dek kene terik matahari. Weh, ingat senang ke nak ke sini! Kira-kira lebih dari 125km dari Don Mueng International Airport kut. Siap jem berejam bagai... Merasalah kene jem hari jumaat di Bangkok. Nak jadi backpacker aka backpacker Malaysia katanya. Modal harus banyak! Perbelanjaan ikut prospek matawang negara yang dilawati, sedangkan income masuk dalam ringgit malaysia. Hashtag ambe untuk motivate diri sendiri ialah #sibackpackerkaya! 

Ape taknya, bila dicongak nilai masa dan wang amat main peranan sebagai short-term traveller. Nak ke Saraburi, transportation dia amat complicated sebab ladang bunga matahari sangat ke dalam (macam nak ke strawberry farm di cameron highland), tambahan pula Day 1 pun dah sampai tengah hari, terpaksalah naik kereta sewa. Mula-mula nak sewa kereta dan drive sendiri, mujurlah dah fully booked. Trafik di thailand ni agak sesak. Oleh itu disebabkan nak memaksimumkan jumlah hari dan masa mengembara ini dengan aktiviti yang dirancang, terpaksalah jadi si backpacker kaya! Hehehe... Kepada semua backpackers, x payah datang time akhir januari, hampir semua sunflower dah dituai... Paling indah, datanglah bulan disember. Time tu ada train trip ke sunflower farm tu. Mungkin lebih menakjubkan sebab disember kan ala-ala dingin sikit. Time ambe visit ni, cuaca dia macam buat laser lah. Kulit dah lah gelap-gelap awan, bertambah tone kegelapannya. Hehehe... Sekian, cerita #sibackpackerkaya

Bergambar buat syarat jer ni. Konon bunga besar muka, padahal taktik jer semua tu. Hangus semua bunga dituai!

Dah kehausan kelopak dah bunga matahari waktu tengah hari terik betul time ni!

Kecik-kecik jer yang tinggal. Nampak dalam gambar macam besar jer ladang bunga matahari ni kan... Memang luas pun, cuma time kami pergi dan kering lepas dituai...

Bunga matahari dah menunduk. Hahaha...

Ni selekoh jalan nak masuk ke Muak Lek District. Agak ke dalam dan sah-sah x der public transport masuk ke dalam. Cuma pada bulan disember ader train buat trip ke sini. So kalau nak lihat pemandangan bunga matahari seluas saujana memandang, silalah pergi bulan disember. Tak yah confident sangat lah kalau pergi bulan januari, ladang dah botak ditebang dah...

Ladang dah kering selepas bunga dituai...


Cerita Backpacker Trip Dari Malaysia Ke Seoul, Korea Selatan


Cerita Backpacker Trip Dari Putrajaya ke Langkawi